Campus Newsroom 2016/2017

[24/8/2017] - EUREKA Tonjol Kehebatan Pelajar

KULIM 1 Ogos – Seramai 298 peserta mengambil bahagian dalam pelbagai acara sempena International Eureka Innovation Exhibition 2017 (i-EIE 2017) di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI) Kulim di sini baru-baru ini.

Lebih menarik pertandingan kali keempat itu turut menarik penyertaan 18 pelajar dari luar negara termasuk Indonesia, Singapura dan Mesir. 

Timbalan Pengerusi acara tersebut, Fazidah Saad berkata, aktiviti berlangsung dua hari itu berjalan lancar dengan penyertaan 101 pelajar sekolah menengah dan 32 murid sekolah rendah dari seluruh negara.

“Peserta lain termasuk dari Kolej Komuniti (KK), universiti tempatan dan kampus UniKL di seluruh negara yang berjaya menunjuk kehebatan terbaik hingga memena­ngi pingat emas, perak dan gangsa,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, pengunjung juga berpeluang menyaksikan pame­ran akademik yang menarik.

Anugerah terbaik Eureka kate­gori A dimenangi Azrul Erdy Zakaria dari Mara – Japan Industrial Institute, Beranang, Selangor yang berjaya dalam ciptaan Controlling Bay Barrier Parking Using Andriod Phone Via Durtooth.

Sementara anugerah terbaik Eureka kategori B pula diraih oleh Azli Ihsan Yahya dari Kolej Kemahiran Tinggi Mara Kuantan, Pahang yang mempertaruhkan ciptaan Groove Grinder Kit.

Anugerah terbaik Eureka kategori C dimenangi Prof. Dr. Ramesh T. Subramaniam dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur melalui ciptaan New Gen PE-DSSC: A New Generation Biopolymer Electrolytes Based Solar Cells For Energy Harvesting.

Dekan UniKL MSI, Prof Dr. Abu Talib Othman berkata, Eureka kali ini adalah yang terbaik setelah empat kali diadakan di kampus itu.

“Kejayaan kali ini berikutan penglibatan inovasi peserta luar negara dengan menghantar lima pasukan. Diharapkan pertan­dingan akan datang, ia melibatkan peserta dari seluruh dunia,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi yang juga Pro Canselor UniKL, Datuk Seri Dr. Adham Baba ketika me­rasmikan pertandingan itu berkata, UniKL kini mampu menganjurkan pertandingan lain yang lebih berprestasi tinggi dan UniKL juga kini sebaris dengan universiti ternama yang lain di negara ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/eureka-tonjol-kehebatan-pelajar-1.510018#ixzz4uq9BLXCx 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

[18/8/2016] - UniKL MSI Successfully Organises EIE 2016

KULIM, 18 August 2016 – The third edition of the EUREKA Innovation Exhibition 2016 (EIE 2016) was successfully organised by Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI) from 16th -18th August 2016.

The annually held innovation exhibition aims to promote the spirit of creativity and inventiveness among young Malaysians.

With the theme of “Driven for a Better Future”, EIE 2016 attracted participations from primary, secondary and higher learning institutions both locally and internationally.

EIE 2016 is also a link between education institutes and industries to share their products and creative ideas. The objectives of the competition is to showcase innovation and invention designed by academicians and non-academicians as well as students from education institutions including primary and secondary schools.

The Honorary Datuk Ibrahim Ahmad, Director General of MARA graced the exhibition’s closing ceremony. Present including YBhg. Prof. Dato’ Dr Mazliham Mohd Su’ud, President and Chief Executive Officer of UniKL, the top management of MARA, UniKL, industrial partners, academics from participating institutions and members of the media.

2016 saw a total of 270 teams participating to showcase their innovation and products in six categories, an increase from 190 participants from the previous year. Datuk Ibrahim Ahmad in his closing speech said, “The number and the quality of entries this year has increased from the previous year. It is hoped that potential innovation and invention exhibited throughout EIE 2016 can be further developed as commercial products which could bring great benefit to the advancement in the field of science and engineering of the nation. I also hope to see more active involvement of partners from the industry to help elevate innovation and invention culture in Malaysia.”

UNIVERSITI KUALA LUMPUR

Malaysian Spanish Institute
Lot 12-16, Lebuhraya Perdana, Kulim Hi-Tech Park,
09090 Kulim
Kedah Darul Aman

+604-403 5199 / 5200

+604-403 5201

CONNECT WITH #UniKL

UniKL website developed & managed by
Corporate Branding & Strategic Communication
Department (CBSCD)

Share This