Semua warga UniKL MSI,

Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan 2016, KKLW akan menganjurkan PROGRAM MOH NGETEH SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2016  dengan trending #mohngetehharikebangsaanatkklw. Sambutan ini turut diadakan serentak di semua lokasi agensi dan pusat-pusat dibawah KKLW masing-masing. UniKL MSI akan turut serta dalam program tersebut seperti berikut:

 

Tarikh             : 29 Ogos 2016 (Isnin)

Masa              : 9:15 am -11:30 am

Tempat          : Lobi, UniKL MSI 

 

Program akan diadakan secara sederhana dan sarapan pagi secara santai disediakan di lobi UniKL MSI untuk semua yang hadir. Program akan turut melibatkan satf UniKL, pelajar UniKL MSI dan ibubapa yang hadir semasa mendaftar (Pre-Spain). Program turut dimeriakan dengan beberapa acara seperti berikut:

 

09:30 pagi      : Tazkirah oleh Ustaz Abdul Rashid Abdul Hamid

10:00 pagi      : Ucapan Dekan / Timb. Dekan

10:20 pagi      : Persembahan pelajar/ Deklamasi Puisi/ Persembahan staf/ Tayangan video Kemerdekaan

11:00 pagi      : Penyampaian Hadiah Misteri @ Pengunjung Bertuah

                        : Nyanyian Lagu Merdeka

11:20 pagi      : Penutup

 

Semua staf UniKL MSI dijemput hadir memeriahkan lagi program sambil santai bersarapan dan beramah mesra bersama ibu bapa yang hadir.

Staf yang ingin membuat kenduri sarapan pagi boleh menghubungi Puan Ulmi Kalsom/ Mohd Suyerdi Omar untuk persedian dan pengurusan.

 

Terima kasih.

 ngeteh